For the English translation of the Malay speech, please scroll down or click here.
* * * * *
Rapat Umum Hari Kebangsaan 2024
Saudara saudari sekalian,
Malam ini, saya gembira berucap kepada anda dalam Bahasa Melayu di Rapat Umum Hari Kebangsaan saya yang pertama ini.
Semasa saya kecil ibu bapa saya ada berbual sesama mereka dalam Bahasa Melayu. Bapa saya orang Ipoh dan ibu saya dari Kampong Amber di sini. Jadi, saya tahu serba sedikit Bahasa Melayu.
Bagi saya, saya tidak berpeluang belajar Bahasa Melayu dengan mendalam. Tetapi sekarang, saya sedang tekun belajar. Saya harap Bahasa Melayu saya akan bertambah baik. Atas sokongan anda semua, terima kasih!
Dekad demi dekad, saya melihat kemajuan ketara yang dicapai oleh masyarakat Melayu seiring dengan kemajuan Singapura. Kadang-kadang, saya bertemu kawan-kawan Melayu saya dari sekolah yang sama, Haig Boys dan TK Tech. Mereka berjaya dan anak-anak mereka pula sudah pun dewasa.
Kini dalam kalangan masyarakat Melayu yang lebih muda pula saya melihat ramai yang lebih berpendidikan dan berjaya dalam bidang masing-masing.
Saya lebih-lebih gembira kerana mereka bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya mereka. Tetapi juga aktif berbakti kepada masyarakat dengan menyertai M3 dan badan-badan Melayu/Islam yang lain.
Saya suka sekali meluangkan masa mendampingi belia dan pemimpin Melayu. Baru-baru ini, saya makan tengahari bersama mereka, mendengar aspirasi dan harapan mereka untuk masa hadapan.
Dalam kalangan mereka, ada yang meneroka peluang perniagaan yang menarik seperti Hafiz Kasman. Hafiz ialah pengasas bersama sebuah syarikat pemula teknologi pendidikan yang berjaya menembusi pasaran Indonesia.
Seorang lagi ialah Dr Muhammad Nadjad - saintis di sebuah syarikat bioteknologi yang membangunkan kit ujian COVID pertama di Singapura. Dr Nadjad bakal membantu syarikatnya berkembang di Arab Saudi.
Kita tahu kejayaan ada banyak definisi dan kita meraikan kesemuanya. Saya sebagai peminat muzik, tertarik dengan kisah Nabillah Jalal. Nabillah ialah anak Melayu Singapura pertama belajar di Royal College of Music, London. Kini, Nabillah membuka sebuah sekolah muzik dan menyediakan pendidikan seni kepada belia kurang bernasib baik.
Sebut tentang pemimpin wanita, saya juga mahu ketengahkan Guy Ghazali, Presiden Kanan wanita Mahkamah Syariah yang pertama. Kecemerlangan profesional serta usaha-usaha masyarakat yang beliau terajui membawa kesan kepada bidang perundangan. Ini membuka jalan bagi pemimpin wanita generasi masa depan.
Mereka semua suri teladan kepada masyarakat Melayu/Islam dan juga Singapura. Kita bangga dengan pencapaian cemerlang anak-anak muda ini. Syabas!
Kita telah capai kemajuan hasil kerjasama dan kepercayaan yang sudah lama terjalin antara masyarakat Melayu dan masyarakat lain serta para pemimpin negara.
Saban tahun, para pemimpin Melayu/Islam bekerja rapat dengan semua Perdana Menteri kita – Encik Lee Kuan Yew, Encik Goh Chok Tong dan Encik Lee Hsien Loong dalam pelbagai isu.
Ini termasuk meningkatkan pencapaian pendidikan, membanteras fahaman radikal dan pengganasan, serta usaha memperbaik kehidupan golongan yang memerlukan.
Kita telah menangani isu-isu ini dengan telus dan berani. Setiap kali, masyarakat Melayu/Islam kita berganding bahu dengan penuh azam, dipacu semangat gotong-royong yang padu. Setiap kali itu juga, anda menjaga antara satu sama lain dan sama-sama meraikan kejayaan anda.
Projek terbaru ialah Kolej Pengajian Islam Singapura. Ia akan melahirkan para pemimpin Islam Singapura masa depan. Saya akan umumkan butirannya kelak.
Saudara, saudari, sebagai Perdana Menteri, saya komited untuk meneruskan kerjasama yang kukuh ini. Saya hargai semua maklum balas dan pandangan anda. Saya akan bekerja rapat dengan anda untuk tangani isu-isu yang dekat di hati anda.
Saya akan pastikan semua anggota masyarakat Melayu/Islam meraih manfaat daripada kemajuan negara kita dan mampu mainkan peranan anda sepenuhnya demi membentuk masa depan kita.
Saya juga akan sokong anda dalam usaha membina sebuah masyarakat Melayu/Islam yang moden lagi progresif. Tetapi masih mengekalkan adat resam dan cara hidup anda yang tersendiri.
Saya akan terus dampingi anda dan pastikan masyarakat Melayu/Islam maju ke hadapan.
Bersama-sama para Menteri, AP dan pemimpin Melayu/Islam kita saya akan bekerjasama dengan anda demi mencapai visi kita, visi Masyarakat Gemilang.
Terima kasih.
* * * * *
English Translation of National Day Rally 2024 Malay Speech
My Fellow Singaporeans
Tonight, I am happy to be speaking to you in Malay at my first National Day Rally Speech.
When I was young, my parents would sometimes converse in Malay between themselves. My dad was from Ipoh and my mum from Kampong Amber here. So, I am familiar with the language. But I did not manage to learn Malay properly. However, I am diligently learning it now. I hope that my Malay will improve. Thank you everyone for your encouragement!
Over the decades, I have seen the Malay community make significant progress, in tandem with Singapore’s own progress. I sometimes meet my Malay friends from the same schools I was in – Haig Boys and TK Tech. They have done well, and their children have grown up.
Now among the younger Malays, I see even more who are well educated and who have distinguished themselves in their respective fields.
I am even more heartened that they not only excel in their careers. They are also active in the community through M3 and other Malay/Muslim Organisations.
I always enjoy spending time engaging our Malay youths and leaders. Recently, I had lunch with some of them to listen to their aspirations and hopes for the future.
Some are pursuing exciting business opportunities -- like Hafiz Kasman. He is the co-founder of an edtech start-up which broke into the Indonesian market.
Another is Dr Muhammad Nadjad, a scientist at a bio-technology company, which developed the first made-in-Singapore COVID test kit. Dr Nadjad will be helping his company expand in Saudi Arabia.
Success has many definitions, and we celebrate all of them. As someone passionate about music, I was inspired by Nabillah Jalal’s story. Nabillah was the first Singaporean Malay to study at the Royal College of Music in London. She has set up a music school and provides arts education to underprivileged youths.
Speaking of female leaders, I also want to highlight Guy Ghazali, the first female Senior President of the Syariah Court. Her professional excellence and community efforts mark a significant milestone in the legal profession. She has paved the way for future generations of female leaders.
They are all role models for the Malay/Muslim community and also Singapore. We are proud of the achievements of these outstanding young individuals. Well done!
We have made progress because of the longstanding partnership and trust between the Malay community, other communities and the Government.
Over the years, the Malay/Muslim leaders have worked closely with all our Prime Ministers – Mr Lee Kuan Yew, Mr Goh Chok Tong and Mr Lee Hsien Loong -- on many issues.
From improving education attainment, countering radicalisation and terrorism, to uplifting vulnerable segments.
We have dealt with such issues head on and with courage. Each time, the Malay/Muslim community has rallied together, full of determination, and with a strong sense of ‘gotong-royong’. You have always looked out for each other and celebrated your successes together.
Our newest project is the Singapore College of Islamic Studies. It will nurture our future Singapore Islamic leaders. I will share more details when ready.
My fellow Singaporeans, as Prime Minister, I am committed to continue this close partnership. I value all your feedback and views. I will work with you to address the issues that are close to your heart.
I will ensure that everyone in the Malay/Muslim community benefits from our nation’s progress and is able to play a full role in shaping our nation’s future.
I will support you in your efforts to build a Malay/Muslim community that is modern and progressive, while still maintaining your distinctive customs and way of life.
I will continue with our engagements and ensure our Malay/Muslim community continues to make progress.
Together with our Malay/Muslim Ministers, MPs and community leaders, I will work with you to realise our vision – the vision of a Community of Success.
Thank you.