National Day Rally 2021 (Malay)

SM Lee Hsien Loong | 29 August 2021

PM Lee Hsien Loong delivered his National Day Rally 2021 speech on 29 August 2021 at Mediacorp. PM spoke in Malay and Chinese, followed by English.

 

PM Lee Hsien Loong spoke in Malay and Mandarin, followed by English. For the English translation, please scroll down or click here.

* * * * *

Rapat Umum Hari Kebangsaan 2021

COVID-19

Saudara saudari sekalian, sudah hampir dua tahun COVID-19 menjejas kehidupan kita. Namun di sebalik cabaran itu, kita berjaya bangkit sebagai satu masyarakat yang utuh.

Banyak kegiatan dan sambutan terjejas gara-gara COVID-19. Solat di masjid dihadkan. Begitu juga kunjung-mengunjung pada Hari Raya. Dan dua tahun berturut-turut, korban di masjid dan ibadah haji juga tidak dapat dilakukan.

Dalam mengharungi COVID-19, masyarakat Melayu/Islam telah berikan kerjasama penuh. Saya sanjung dan hargai kecekalan anda. Saya juga ingin melahirkan penghargaan saya kepada para pemimpin masyarakat, asatizah serta masjid-masjid di bawah bimbingan Mufti, atas kepimpinan dan usaha mereka untuk terus menggalakkan orang Melayu/Islam mendapatkan vaksin.

Dengan lebih ramai orang disuntik, kita kini melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Ini termasuk membolehkan lebih ramai jemaah di masjid-masjid.

Sungguhpun demikian, kita harus cuba sedaya upaya untuk memberikan vaksin kepada mereka yang masih belum disuntik, terutama sekali warga emas yang paling mudah sakit teruk jika dijangkiti COVID-19. Jika anda warga emas, silalah dapatkan suntikan vaksin secepat mungkin!

Usaha-usaha Masyarakat dan Pemerintah

Saya gembira melihat masyarakat Melayu/Islam bersatu padu dan saling mengambil berat antara satu sama lain sepanjang pandemik ini. Semangat gotong-royong dan sikap tidak putus asa inilah, yang menjadi kunci kemajuan anda selama ini.

Malah laporan Banci Penduduk 2020 baru-baru ini, mendapati bahawa masyarakat Melayu mencatatkan kemajuan yang sangat ketara sepanjang sedekad lalu. Lebih ramai orang Melayu daripada semua peringkat usia berkelulusan tinggi. Kadar siswazah Melayu naik seganda. Jumlah pekerja PMET Melayu juga meningkat. Hasilnya, keluarga Melayu kini meraih pendapatan lebih baik. Syabas!

Kita lihat lebih ramai orang Melayu semakin berjaya. Seperti Aarman Yazeed. Selepas tamat NS, Aarman bekerja di Thermo Fisher Scientific, antara syarikat pembuat peranti perubatan terbesar di dunia. Beliau bekerja keras dan gigih belajar kemahiran baru. Prestasinya menyerlah dan beliau dinaikkan pangkat sebagai pengurus pengilangan. Karyawan seperti Aarman, antara sebab Thermo Fisher yakin dan baru-baru ini mengambil keputusan untuk menghasilkan vaksin di Singapura.

Satu lagi contoh ialah Samsiah Suliman, Pengarah Urusan Jumain Sataysfaction. Samsiah adalah peniaga generasi ketiga perniagaan sate keluarga yang bermula dengan datuknya, lebih seratus sepuluh tahun lalu. Saya bertemunya baru-baru ini. Samsiah beritahu saya apabila mengambil alih perniagaan itu, beliau yakin akan potensinya. Beliau berusaha untuk mempelbagaikan rangkaian produknya termasuk menyediakan pilihan bukan daging, seperti sate ini. Nampak macam sate babat, tapi ini sebenarnya sate cendawan. Sama lazatnya! Samsiah juga berjaya membawa sate Singapura ke pentas antarabangsa. Hari ini, syarikatnya mengeluarkan 80,000 cucuk sate sehari, dan mengeksport ke Hong Kong, Kanada dan Timur Tengah.

Saya harap kisah-kisah kejayaan seperti Samsiah dan Aarman akan menjadi perangsang kepada masyarakat Melayu/Islam untuk terus maju jaya.

Namun, Banci Penduduk 2020 juga menunjukkan beberapa trend membimbangkan berkaitan pemilikan rumah dan pendidikan.

Seperti rakyat Singapura yang lain, kebanyakan keluarga Melayu memiliki rumah mereka sendiri. Orang Melayu yang tinggal di flat sewa semakin meningkat. Itu kesalnya. Antara sebabnya ialah sebahagian pasangan muda yang berkahwin ingin berdikari sebelum mereka bersedia untuk membeli flat. Ini tidak begitu membimbangkan tetapi ada juga yang mengalami perubahan mendadak dalam keadaan keluarga atau kewangan mereka. Ada pula yang menghadapi cabaran-cabaran rumit hingga sukar untuk merancang bagi masa depan mereka.

Setiap tahun, dengan bantuan Pemerintah, sebahagian keluarga ini berjaya pindah dari flat sewa ke flat milik mereka sendiri. Memiliki flat HDB sendiri bukan setakat mempunyai tempat berteduh. Ia membantu warga kita membina masa depan yang cerah. Kita mesti tingkatkan kesedaran bahawa flat sewa hanyalah huraian sementara. Kita mesti galakkan keluarga-keluarga di flat sewa memantapkan pendapatan, agar mereka boleh memiliki rumah sendiri dan maju seiring dengan masyarakat.

Dalam hal ini, usaha-usaha di peringkat masyarakat sangat penting. Contohnya, Projek DIAN@M³ bakal membantu lebih banyak keluarga Melayu/ Islam untuk memanfaatkan program sokongan Pemerintah dan menjadi pemilik rumah. Pemerintah akan memberikan sokongan penuh kepada mereka.

Saudara saudari, di Singapura, kita berusaha untuk membina sebuah masyarakat yang inklusif. Kuncinya, pendidikan. Itulah sebabnya, Pemerintah banyak melabur dalam bidang prasekolah dan pendidikan.

Tetapi, kita mesti tumpukan perhatian kepada segolongan pelajar yang ketinggalan. Mungkin mereka kurang keyakinan diri dan dorongan. Kadangkala, masalah keluarga menjejas prestasi mereka.

Menteri Maliki Osman menerajui UPLIFT, pasukan bertindak yang menggandingkan agensi Pemerintah dengan rakan kerjasama di peringkat masyarakat. UPLIFT menyediakan bantuan awal dan berterusan bagi pelajar-pelajar kurang bernasib baik daripada semua kaum demi meningkatkan pencapaian pendidikan mereka.

Badan-badan Melayu/Islam dan rangkaian M³, juga bergiat aktif untuk saling melengkapi usaha-usaha ini.

Saya gembira melihat para pelajar meraih manfaat daripada program-program nasional dan masyarakat kita. Contohnya, Siti, bukan nama sebenar, seorang graduan politeknik, dan adik-adiknya. Oleh kerana pendapatan keluarga yang kecil, mereka disokong beberapa agensi Pemerintah dan badan masyarakat sepanjang tempoh persekolahan mereka.

Misalnya, mereka dimasukkan ke Pusat Jagaan Pelajar dengan subsidi ComCare. Program ini memupuk tabiat dan rutin harian yang baik. Siti sendiri menerima sokongan skim TTFS MENDAKI semasa di politeknik. Salah seorang adik Siti pula menerima sokongan akademik tambahan bagi Bahasa Inggeris dan Matematik melalui Program Tuisyen Kerjasama antara badan-badan bantu diri.

Tahun lalu, ibu bapa mereka hilang pekerjaan ekoran COVID-19. AMP Singapura memberi bantuan tambahan untuk memenuhi keperluan pendidikan Siti dan adik-adiknya sementara ibu bapa mereka memantapkan pendapatan keluarga. Ibu bapa mereka juga dibimbing AMP untuk tingkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berdikari semula.

Berkat sokongan padu dan menyeluruh daripada pelbagai pihak, adik-adik Siti maju di sekolah. Bahkan mereka menerima beberapa biasiswa dan anugerah kerana cemerlang dari segi akademik dan perwatakan. Pengalaman Siti sekeluarga menunjukkan bahawa sekitaran penjagaan dan sokongan yang membina, berjaya menghasilkan kesan yang besar dalam mutu kehidupan mereka.

Dengan membantu mereka yang pada mulanya ketinggalan, kita menjayakan dasar meritokrasi dan maju bersama sebagai satu rakyat.

Dengan membantu mereka yang pada mulanya ketinggalan, kita menjayakan dasar meritokrasi dan maju bersama sebagai satu rakyat.

PM Lee Hsien Loong

Bangsa dan Agama

Dasar meritokrasi juga bergantung kepada perpaduan masyarakat majmuk kita.

Kita menikmati keharmonian kaum dan agama sejak merdeka. Kita bertolak ansur, saling menghormati dan menyediakan ruang bagi semua masyarakat untuk hidup aman damai. Namun, keseimbangan ini sangat rapuh. Lantas, ia perlu dijaga dengan begitu teliti seperti kita menatang minyak yang penuh. Pada masa yang sama, kita patut membuat penyesuaian sejajar dengan nilai-nilai yang berubah dari generasi ke generasi dan aspirasi pelbagai kumpulan yang semakin meningkat.

Salah satu penyesuaian sedemikian ialah soal pemakaian tudung oleh jururawat Muslim. Ini bukan isu baharu. Saya sendiri telah berbincang tentang perkara ini dengan pemimpin agama dan masyarakat. Mereka telah menerangkan dengan jelas mengapa pemakaian tudung penting kepada masyarakat Melayu/Islam. Mereka berharap Pemerintah akan mengubah peraturan untuk membenarkan para kakitangan beruniform memakai tudung.

Saya katakan kepada mereka, “Saya faham hasrat anda. Saya hargai pandangan anda dan akur tentang aspirasi masyarakat Melayu/Islam. Tetapi saya juga berharap anda turut memahami pertimbangan dan keprihatinan nasional Pemerintah.”

Saya tekankan keprihatinan utama kami ialah keharmonian kaum. Pemerintah wajib memastikan bahawa sebarang perubahan kepada peraturan mengenai tudung, harus merapatkan masyarakat Singapura yang berbilang kaum. Kita tidak mahu perubahan ini meluaskan jurang antara kaum dan melemahkan kita.

Bagi murid-murid sekolah dan para pegawai perkhidmatan awam beruniform termasuk SAF dan polis, kami tidak dapat membenarkannya atas sebab-sebab yang sangat genting. Bagi para jururawat, sebenarnya ada sebab-sebab yang munasabah di sebalik dasar Pemerintah. Namun, pertimbangan untuk membenarkan atau tidak membenarkannya adalah agak seimbang. Dari semasa ke semasa, keseimbangan baru boleh dibuat secara berhati-hati dan bertahap-tahap.

Beberapa bulan lalu, saya memberitahu sekumpulan asatizah dan pemimpin masyarakat bahawa saya berharap dapat buat keputusan mengenai isu ini menjelang Rapat Umum Hari Kebangsaan. Harinya sudah tiba. Keputusan sudah diambil. Isu ini bukan hanya melibatkan masyarakat Melayu/Islam tetapi ada kepentingan nasional bagi masyarakat berbilang kaum dan agama kita. Jadi, saya akan jelaskan lebih lanjut dan membuat pengumuman rasmi dalam ucapan Bahasa Inggeris sebentar lagi.

Kesimpulan

Saudara-saudari sekalian, masyarakat Melayu/Islam terus mencapai kemajuan yang membanggakan, tahun demi tahun. Sedang kita mara ke hadapan sebagai sebuah masyarakat inklusif, penting untuk kita memiliki kematangan antara kaum dan membuat penyesuaian demi keperluan satu sama lain. Sama penting ialah meningkatkan semangat saling membantu, seperti sepanjang pandemik ini, khususnya bagi golongan yang memerlukan.

Marilah kita bersatu padu, saling membantu dan erat bermuafakat, bagai aur dengan tebing. Dengan itu kita akan terus teguh, makmur dan bersinar, dan mencapai impian kita bersama, sebagai satu rakyat, satu bangsa, satu Singapura!

Terima kasih.

Sedang kita mara ke hadapan sebagai sebuah masyarakat inklusif, penting untuk kita memiliki kematangan antara kaum dan membuat penyesuaian demi keperluan satu sama lain.

PM Lee Hsien Loong

* * * * *

English Translation of National Day Rally 2021 Malay Speech

COVID-19

It has been almost 2 years since COVID-19 affected our lives. Despite the challenges, the strength of our collective spirit shone through.

Many activities and celebrations were affected because of COVID-19. Mosque attendance and Hari Raya visits had to be restricted. For the second year in a row, Korban rituals at the mosques and Haj could not be carried out.

I am grateful for the community’s cooperation and forbearance. I also thank the Malay/Muslim community and mosque leaders, as well as asatizah, led by the Mufti, for showing leadership, and persuading the community to be vaccinated.

Now, with more of us vaccinated, we can gradually ease restrictions. And also allow larger numbers of congregants at the mosques.

Still, we must do our utmost to vaccinate as many as possible of those not yet vaccinated. Especially the elderly, who are most vulnerable. If you are a senior citizen, please get vaccinated soon!

National and Community Efforts

I am glad to see the Malay/Muslim community rallying together, caring for one another, throughout the pandemic. This gotong royong and “can do” spirit have been key to the community’s progress over the years.

The latest Census 2020 shows the significant progress that the community has made over the past decade. More Malays, across all age-groups, are attaining higher qualifications. The proportion of Malay university graduates has doubled. The proportion of Malays working as PMETs has also increased. As a result, Malay household incomes have gone up too. Well done!

Many more Malays are doing well. Like Aarman Yazeed. He works for Thermo Fisher Scientific, one of the world’s largest medical device makers. Aarman joined Thermo Fisher after completing NS. Over the years, he worked hard and constantly upskilled himself. He performed well and was promoted to become a manufacturing manager. Good employees like Aarman are one of the reasons Thermo Fisher decided to expand its facility to make vaccines here.

Another example is Samsiah Suliman, Managing Director of Jumain Sataysfaction. Third generation running her family’s satay business, which started with her grandfather selling satay as a hawker over 110 years ago. I met her recently. Samsiah told me that when she took over the business, she saw its potential. She diversified her product range to include non-meat options, such as mushroom satay. She successfully brought Singapore-style satay to the international stage. Now, her company threads 80,000 sticks of satay a day, and exports to Hong Kong, Canada and the Middle East.

I hope success stories like Samsiah and Aarman will inspire the community.

However, Census 2020 also highlighted some worrying trends in home ownership and education.

Like other Singaporeans, most Malay families own their own homes. Malay households in rental flats has increased. This is unfortunate. There are several reasons. For instance, there are young married couples who want to live independently before they are ready to buy a flat. This is understandable. But there are some who may have suffered sudden changes in family or financial circumstances, or be facing complex challenges and have difficulties planning for their future.

Every year, with the Government’s help, some of these households are able to buy their own homes and move out of rental flats. Home ownership is not merely about having a roof over your head. It is also for Singaporeans to secure a better future. Hence we must help more households in rented flats recognise that renting is only a temporary housing solution, and to encourage them to stabilise their income so that they can move towards home ownership, and progress with the rest of society.

Community efforts are important. Initiatives like Project DIAN@M³ help more Malay/Muslim households access Government support and progress towards home ownership. The Government will give them our full support.

In Singapore, we strive to build an inclusive society. Education is key to this endeavour. That is why the Government invests heavily in preschool and education.

But we must also pay extra attention to students who are falling behind. They may be lacking self-confidence and motivation. Or sometimes, family problems hinder them from doing well.

Minister Maliki Osman is leading UPLIFT, a taskforce that brings together Government agencies and community partners. UPLIFT will provide early and sustained support for disadvantaged students of all races, to improve their educational outcomes.

The Malay/Muslim Organisations and the M3 network are complementing this effort.

I am happy to see students benefitting from national and community programmes. Take for instance, Siti (not her real name), a polytechnic graduate, and her siblings. Coming from a low-income household, they have been supported by various Government and community organisations throughout their schooling years.

For instance, ComCare subsidised their fees at Student Care Centres, where they developed daily routines and good habits. MENDAKI’s Tertiary Tuition Fee Subsidy (TTFS) supported Siti’s polytechnic education. Her younger brother received additional academic support for English and Mathematics through the Collaborative Tuition Programme (CTP) run by self-help groups.

Last year, their parents lost their jobs due to COVID-19. AMP Singapore stepped in to provide additional support for the children’s schooling needs while their parents work towards stabilising their income. AMP is also helping their parents through upskilling programmes, so that they can be self-reliant again.

With holistic support from various parties, Siti’s siblings have thrived in school. They received bursaries and awards for good academic achievements and exemplary character. The experience of Siti and her family shows that the right care environment and support can make a big difference.

By helping those who are struggling, we make meritocracy work for all of us and enable everyone to progress together as one nation.

Race and Religion

Meritocracy also depends on the strength of our diverse community.

We have enjoyed racial and religious harmony since independence. Through “give and take”, with mutual respect and accommodation from all communities. This is a delicate balance. It therefore has to be carefully maintained, like balancing a cup filled with oil (Malay proverb: seperti menatang minyak yang penuh). And at the same time, make adjustments to keep up with changing values from generation to generation and aspirations of different groups.

One such adjustment is the wearing of the tudung by Muslim nurses. This is not a new issue. I previously discussed this with Malay/Muslim religious and community leaders. They explained why wearing the tudung was important to the community and hoped that the Government would change the rules to let officers in uniform wear the tudung.

I told them, “I understand your hopes and wishes. I understand your views. I can empathise with the community’s aspirations. But I hope that you too can understand the Government’s national considerations.”

I said our main concern was to strengthen our racial harmony. The Government must make sure that any change to the rules would bring the different communities closer together, and not divide us.

For students and other uniformed services including the SAF and Police, we do not allow tudung to be worn, for some crucial reasons. For nurses, there were also valid reasons behind the Government’s policy; but the arguments for and against it are more finely balanced, and over time, a new balance could be carefully and incrementally struck.

A few months ago, I told a group of asatizah and community leaders that I hoped to make a decision by National Day Rally. The day has come. The decision has been made. As this is not just a matter for the Malay/Muslim community, but one of national interest that concerns our multi-racial and multi-religious society, I will give further details and make the announcement later in the English speech.

Conclusion

Ladies and gentlemen, year after year, the Malay/Muslim community has consistently made significant progress. As we progress as an inclusive society, it is important to see a maturity in understanding between communities in making adjustments for one another. We must also help one another, like what we are doing in fighting COVID-19, especially those who are falling behind.

Let us remain united, help one another, and be strong in consensus building, like the interdependence between bamboo trees and riverbanks (Malay proverb: bagai aur dengan tebing). Only then will we continue to be indomitable, prosperous, we will shine, and achieve our common aspirations together, as one people, one nation, one Singapore!

Thank you.

 

TOP