Speech by Prime Minister Lee Hsien Loong at the Berita Harian Achiever Awards Celebration Dinner (Malay)
Pengerusi SPH, Dr Lee Boon Yang
Editor, Berita Harian, Encik Saat Abdul Rahman
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian
Salam sejahtera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Saya berbesar hati / dapat hadir di majlis malam ini / untuk menyampaikan Anugerah Jauhari Berita Harian / kepada pemenang terbarunya. Saya telah menyampaikan Anugerah Jauhari yang pertama, pada tahun 1999. Sejak itu, masyarakat Melayu/Islam telah mencatat / kemajuan yang mantap. Para pemenang mencerminkan kemajuan ini. Setiap tahun, semakin ramai orang Melayu berjaya / di pelbagai bidang dan setiap tahun terdapat lebih ramai / calon-calon yang baik untuk anugerah ini.
Tahun ini, Berita Harian melancarkan Anugerah Jauhari Harapan. Saya yakin / ini akan menggalak anak-anak muda Melayu untuk cemerlang / bagi diri mereka sendiri dan masyarakat.
Dalam ucapan Rapat Umum kelmarin, saya terangkan / bagaimana pemerintah akan meningkatkan usaha / untuk membantu golongan bergaji rendah, mem-perkukuh jaringan keselamatan sosial dan memastikan masyarakat kita / terus bersifat terbuka dan dinamik. Pada masa yang sama, saya tekankan bahawa masyarakat dan individu / masih perlu memainkan peranan masing-masing. Terutamanya, saya galakkan anak-anak muda kita / supaya mara ke hadapan / untuk menyumbang kepada masyarakat dan Negara / serta merubah Singapura dan juga dunia.
Anugerah-anugerah ini menggambarkan maksud saya. Ia adalah satu inisiatif masyarakat. Ia mera-i-kan individu yang cemerlang / dalam kerjaya mereka dan menyumbang semula / kepada masyarakat.
Pemenang tahun ini belum diumumkan lagi / tetapi saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka / terlebih dahulu. Saya yakin / mereka akan menambah seri / kepada masyarakat Melayu/Islam dan melakukan lebih banyak sumbangan kepada masyarakat dan Singapura / dalam tahun-tahun mendatang.
Izinkan saya meneruskan ucapan saya dalam Bahasa Inggeris.
Explore recent content
Explore related topics