PM Lee Hsien Loong at the Ang Mo Kio GRC Hari Raya Dinner 2009
Speech by Prime Minister Lee Hsien Loong at the Ang Mo Kio GRC Hari Raya Dinner at Teck Ghee CC on 10 October 2009.
UCAPAN BAHASA MELAYU PERDANA MENTERI LEE HSIEN LOONG DI GEMILANG AIDILFITRI 2009
Encik Nazri Bin Mohd Dusah, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
Tetamu yang dihormati
Hadirin sekalian
Terlebih dahulu, izinkan saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua. Saya gembira dapat bersama anda dalam jamuan malam Gemilang Aidilfitri ini.
Malam ini, kita raikan Hari Raya dalam suasana yang lebih bertenaga. Meskipun ekonomi kita berdepan dengan cabaran-cabaran besar pada awal tahun ini, kita berjaya selamatkan banyak pekerjaan. Ekonomi kini lebih mantap, dan kita sedang membangun semula untuk masa depan. Saya yakin Asia akan tumbuh dengan kukuh, dan Singapura boleh menumpang gelombang pertumbuhan ini. Tetapi kita perlu memperkukuh keupayaan kita agar kita dapat manfaatkan peluang yang tersedia. Kita juga perlu terus berhati-hati kerana walaupun ribut taufan telah reda, bahaya masih belum berlalu, dan kita mungkin hadapi lebih banyak cabaran pada masa akan datang.
Saya rasa perayaan Ramadan tahun ini agak suram kerana krisis ekonomi. Ini dapat difahami kerana dalam tempoh sukar, keluarga-keluarga lebih berhati-hati dengan kewangan dan mengawasi setiap dolar. Mengurangkan perbelanjaan dalam tempoh perayaan ini tidaklah bermakna Hari Raya kurang penting atau tidak begitu seronok. Yang paling penting adalah untuk berkumpul bersama dan bergembira di samping keluarga, jiran dan rakan.
Inilah yang kita lakukan pada malam ini. Warga Singapura dari setiap kaum dan agama bersatu dalam meraikan perayaan ini. Kita menikmati persembahan cemerlang dari pelbagai kumpulan masyarakat. Penduduk dari setiap pelosok GRC Ang Mo Kio dan SMC Yio Chu Kang bersama-sama menghadiri jamuan ini, makan dari meja yang sama, mengongsi cerita dan jenaka, dalam suasana yang ceria. Majlis ini kaya dengan keakraban, semangat muhibbah dan suasana pesta.
Kita mempunyai banyak sebab untuk raikan Hari Raya, terutama sekali keharmonian masyarakat berbagai kaum kita. Tidak banyak negara yang mampu lakukan apa yang kita lakukan, dan mengumpul orang dari pelbagai lapisan hidup untuk bersama-sama dalam satu perayaan. Perpaduan yang dinikmati ini adalah unik dan merupakan aset kita yang paling berharga. Perpaduan inilah yang membolehkan Singapura untuk mengatasi krisis kewangan paling buruk yang melanda dunia. Marilah kita terus membina pencapaian kita. Dengan cara ini, Singapura boleh terus maju tahun demi tahun, dan generasi muda akan lebih yakin tentang kehidupan yang lebih baik pada masa depan.
* * * * *
ENGLISH TEXT OF SPEECH IN MALAY BY PRIME MINISTER LEE HSIEN LOONG AT THE GEMILANG AIDILFITRI 2009
Mr Nazri bin Mohd Dusah, Organising Chairman
Distinguished Guests
Ladies and Gentlemen
First, let me wish all Muslim residents Selamat Hari Raya. It is my pleasure to join you tonight for this Gemilang Aidilfitri dinner.
Tonight we can celebrate Hari Raya with a more upbeat mood. Despite facing major economic challenges early this year, we were able to save many jobs. The economy is now steadying, and we are rebuilding for the future. I am confident Asia is poised for strong growth, and Singapore can ride on its growth. But we must strengthen our capabilities and seize the opportunities. We must also remain prudent, because although the storm is over, the danger has not passed, and we may face more challenges ahead.
I have been told that the Ramadan celebrations this year have been somewhat subdued, because of the economic crisis. This is understandable, because when times are bad, families are more prudent with money, and watch every dollar. Spending less on this festive occasion does not mean that Hari Raya is less significant or not as enjoyable. The most important thing is coming together and enjoying the company of family members, neighbours and friends.
This is what we are doing tonight. Singaporeans of all races and religions are united in this celebration. We have excellent performances by various community groups. Residents from all over Ang Mo Kio GRC and Yio Chu Kang SMC are attending the dinner together, eating at the same table, sharing stories and jokes in a cheerful atmosphere. This event is rich in friendship, good will and the festive spirit.
We have every reason to celebrate Hari Raya, especially when all our races are living harmoniously together. Not many countries can do as we do, and bring people from all walks of life together at a joint celebration. The cohesion that we enjoy is unique and our most precious asset. It is this cohesion that has enabled Singapore to pull through the worst of the global financial crisis. Let us continue to build on our achievements. Then Singapore can progress year after year, and our younger generation can be assured of a better life in future.
Explore recent content
Explore related topics