May Day Rally 2011 (Malay)

SM Lee Hsien Loong | 1 May 2011

PM Lee Hsien Loong delivered his May Day Rally 2011 speech in Malay at the Singapore Indoor Stadium on 1 May 2011.

 

UCAPAN BAHASA MELAYU PERDANA MENTERI LEE HSIEN LOONG DI RAPAT HARI BURUH NTUC PADA 1 MEI 2011

Ekonomi kita telah atasi sepenuhnya kesan krisis ekonomi global, dan sedang berkembang dengan mantap. Pekerja dikehendaki, dan gaji mereka sedang meningkat. Rakyat Singapura nikmati kehidupan yang lebih baik dan yakin tentang masa depan mereka.

Sistem tiga pihak kita adalah kunci kejayaan ini. Di banyak negara, hubungan buruh tegang, dan menjadi lebih buruk dalam masa sukar. Tapi di Singapura, kesatuan sekerja, majikan dan pemerintah bekerjasama untuk menangani dan menghurai masalah. Itulah sebabnya kita berjaya atasi badai ekonomi global dengan begitu cepat. Dan itulah sebabnya kita telah berjaya kembangkan ekonomi kita, cipta pekerjaan yang baik dan tingkatkan pendapatan bagi pekerja.

Kesatuan sekerja kita memainkan peranan penting dalam kerjasama tiga pihak kita. Tahun ini adalah Ulang Tahun NTUC ke-50. Saya ucapkan tahniah kepada gerakan buruh atas pencapaian mercu tanda ini, dan memuji NTUC dan kesatuannya atas kerja keras dan pencapaian mereka. NTUC telah menjaga kepentingan pekerja sepanjang setengah abad lalu. Pemerintah akan menyokong usaha NTUC untuk mengemaskini diri, untuk memastikan kesatuan sekerja kita tetap menjadi penyumbang utama kepada kisah kejayaan Singapura.

Saya terutama sekali ingin menyebut nama-nama pemimpin kesatuan sekerja Melayu yang membantu membina pakatan tiga pihak kita yang kukuh selama bertahun-tahun lamanya. Pemimpin kesatuan seperti  Ahmad Ibrahim, Mahmud Awang, Hashim Idris, Sidek Saniff dan Othman Harun Eusofe telah bekerja keras meyakinkan majikan dan pekerja untuk bekerjasama dan meluaskan manfaat bagi semua. Beberapa mereka juga adalah Anggota Parlimen, yang gigih memperjuangkan kepentingan pekerja. Semua mereka patut mendapat penghormatan dan penghargaan daripada kita.

Masyarakat Melayu-Islam meraih manfaat daripada kejayaan Singapura. Pekerja Melayu dalam keadaan lebih baik. Ramai yang telah jalani peningkatan kemahiran, lakukan pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi dan mampu meningkatkan mutu kehidupan mereka. Pelajar Melayu juga berkembang dalam sistem pendidikan kita. Semakin ramai yang memasuki universiti. Ramai menuntut di Politeknik kita, belajar ilmu pengetahuan yang berguna dan menarik, seperti media digital, robotik, dan sebagainya. Mereka yang berada di ITE pula mendapatkan kemahiran teknikal yang baik.

Baru-baru ini, saya membuka kolej terbaru ITE, ITE College West. Ia adalah sebuah bangunan besar dan moden, dimuatkan dengan pusat dan kemudahan pembelajaran. Saya melawat dapur-dapur latihan, di mana ITE telah mengikat perjanjian dengan sebuah institut memasak Perancis yang terkenal di dunia, "Institut Paul Bocuse" untuk memberi latihan lebih khusus kepada pelajar. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, pelajar dari kedua-dua sekolah harus bersama-sama menyiapkan tiga hidangan makanan, dan sekaligus belajar kemahiran dan budaya makanan masing-masing. Semasa kunjungan saya, seorang cef pastri yang bercita-cita tinggi, Cik Alyssa Nur Salia, memberi saya beberapa kuih-muih yang dihidangkannya. Ia sungguh lazat!

Apapun program pengajian, pelajar kita akan dilengkapkan sepenuhnya untuk pasaran kerja masa depan. Dengan demikian, mereka akan mampu mencapai kehidupan yang lebih baik bagi diri sendiri, membantu meningkatkan masyarakat Melayu-Islam dan membantu Singapura untuk terus mendaki tangga kejayaan.

* * * * *

English text of the Malay speech by PM Lee Hsien Loong at the 2011 May Day Rally

Our economy has completely shaken off the effects of the global economic crisis, and is growing strongly.  Workers are in demand, and their salaries are going up. Singaporeans enjoy better lives and are confident of their future.

Our tripartite system is a key reason for this success. In many countries, labour relations are contentious, and become worse during difficult times.  But in Singapore, unions, employers and government work closely together to tackle and solve problems. That is why we could overcome the global economic storm so quickly. And that is why we have managed to grow our economy, create good jobs and raise incomes for workers.

Our unions play a vital role in this tripartite partnership. This year is the 50th Anniversary of NTUC. I congratulate the union movement on reaching this milestone, and commend NTUC and its unions for their hard work and achievements. NTUC has taken good care of workers over the last half century.  The Government will support NTUC’s efforts to renew itself, to ensure that our unions remain a key contributor to the Singapore success story.

I want to especially mention the Malay union leaders for helping to build up our strong tripartite partnership over many years. Union leaders like Ahmad Ibrahim, Mahmud Awang, Hashim Idris, Sidek Saniff and Othman Harun Eusofe worked hard to convince employers and workers to cooperate and expand the benefits for all. Several were also Members of Parliament, who spoke out strongly for workers. All of them deserve our respect and gratitude.

The Malay-Muslim community is benefitting from Singapore’s success. Malay workers are doing well. Many had gone for upgrading, taken up better-paying jobs and are lifting their lives.  Malay students are also thriving in our education system.  Growing numbers are going to university. Many are in our Polytechnics, learning useful and interesting knowledge, like digital media, robotics, etc. and in the ITEs, picking up strong technical skills.

Recently, I opened the new ITE College West. It is a huge, modern building, filled with learning centres and facilities.  I visited the training kitchens, where ITE is partnering world renowned French culinary institute “Institut Paul Bocuse” to deliver more specialised training for students. As part of this collaboration, students from both schools have to jointly prepare a three-course meal, and in the process learn each other’s skills and food cultures. During my visit, an aspiring pastry chef, Ms Alyssa Nur Salia, presented me with some pastries she made. They were delicious!

Whatever the courses of study, our students will be fully equipped for the future workplace. Thus they will be able to achieve better lives for themselves, help lift the Malay-Muslim community and take Singapore to even greater heights.

 

TOP