Speech by Senior Minister and Coordinating Minister for National Security Teo Chee Hean at the 17th Annual Religious Rehabilitation Group (RRG) Retreat at Shangri La Rasa Sentosa on 1 June 2022. An English translation is available below.
DUNIA PASCA COVID-19: KEKAL RELEVAN DAN BERDAYA TAHAN
Menteri Negara Dr Faishal Ibrahim
Pengerusi Bersama RRG, Ustaz Ali dan Ustaz Hasbi
Hadirin yang dihormati
Para anggota RRG
Tuan-tuan dan Puan-puan
Pengenalan
Selamat pagi. Saya berasa gembira kita dapat menyambung semula Rahat Tahunan RRG. Ini merupakan satu acara penting dalam kalendar RRG bagi kita berkongsi pengalaman, mempelajari amalan-amalan terbaik, dan membuat rancangan bagi tahun seterusnya. Saya juga berbesar hati dapat menghadiri Seminar RRG dan acara mengumpul dana bagi projek pembangunan semula Masjid Khadijah dan RRG Ramadan lalu.
Kesan COVID-19 ke atas Pengganasan
Sepanjang dua tahun lalu, COVID-19 telah menyukarkan pengganas merancang, membuat persiapan dan melakukan serangan, terutamanya yang merentas sempadan. Namun demikian, di ruang siber, kumpulan pengganas mempertingkatkan usaha menyebar propaganda dan merekrut anggota baru. Dengan ramai orang menghabiskan lebih masa di ruang siber, terdapat banyak kes individu menjadi radikal secara sendiri sepanjang tempoh pandemik.
Ramalan Ancaman Pasca COVID-19
Pembukaan semula sempadan akan meningkatkan perjalanan antarabangsa. Justeru, ancaman pengganasan baru mungkin akan timbul apabila pejuang asing pulang ke tanah air atau berangkat ke zon konflik. Peluang bagi melancarkan serangan secara sendirian juga akan bertambah.
Dengan Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan, kumpulan pengganas seperti ISIS lantas meng-eksploitasi ke-tidak-stabilan di sana. Kami berharap agar Afghanistan tidak kembali menjadi tempat perlindungan para pengganas, seperti pada tahun-tahun 1990-an.
Situasi di Ukraine juga mem-bimbangkan. Ukraine akan dibanjiri para pejuang asing dan senjata yang boleh melimpah ke negara dan kawasan lain. Singapura menentang ekstremisme ganas dan pengganasan dalam apa jua bentuk.
Pertempuran Israel-Palestin juga telah tercetus kembali. Kami akur bahawa isu Palestin merupakan satu ke-prihatinan bagi masyarakat Islam di Singapura. Singapura telah lama menyokong ‘huraian dua-negara’, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa. Awal tahun ini, kami telah me- ngumumkan bahawa Singapura akan membuka sebuah misi diplomatik di Tel Aviv, Israel. Kami juga akan membuka sebuah pejabat perwakilan di Ramallah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Palestin. Kami telah menggesa dua-dua pihak untuk berunding secara langsung berdasarkan ‘huraian dua-negara’. Kami berharap warga Israel dan Palestin dapat hidup bersama dengan aman dan selamat.
Ancaman Pengganasan terhadap Singapura
Landskap keamanan global masih tidak menentu. Di Asia Tenggara, kumpulan sekutu JI dan ISIS sedang membina semula keupayaan mereka dan menunjuk keinginan untuk melancarkan serangan. Di Singapura, masalah menjadi radikal secara sendiri terus menimbulkan satu ancaman pengganasan.
Pendakwah Indonesia Abdul Somad Batubara
Pada 16 Mei, pendakwah Indonesia Abdul Somad Batubara telah dilarang masuk ke Singapura. Somad meng-hasut para penyokongnya agar membuat kacau terhadap Singapura di media sosial. Mereka mengadakan bantahan di luar misi-misi kita di Jakarta dan Medan. Mereka menuntut agar Singapura meminta maaf. Ada di kalangan penyokongnya yang mendesak agar tindakan ganas diambil terhadap Singapura dan rakyatnya.
Dakwaan Islamofobia mereka tidak berasas. Singapura mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap ucapan ke-bencian tidak kira sama ada ianya disebarkan oleh Pendeta Kristian atau Ustaz Muslim.
Retorik ekstremis sebegini mempunyai kesan ke atas dunia nyata. Sebagai contoh, seorang remaja berusia 17 tahun yang ditahan di bawah ISA pada tahun 2020 telah menonton ceramah Somad, dan mula percaya bahawa pengebom nekad akan mati syahid.
Kita boleh melarang kemasukan pendakwah yang menyebarkan ucapan kebencian, ke Singapura. Namun, kita tidak boleh menyekat sepenuhnya apa yang terdapat dalam talian. Kita harus memastikan masyarakat berdaya tahan terhadap retorik ekstremis, lebih-lebih lagi dalam talian. Masyarakat kita, terutama-nya golongan muda, harus tahu untuk mendapatkan bimbingan daripada pihak berkuasa agama yang boleh dipercayai, dan menolak ekstremisme dan ucapan kebencian.
Peranan RRG
Ini sebabnya peranan yang dimainkan RRG amat penting. Saya berbesar hati melihat bagaimana RRG terus melaksanakan tugas sepanjang dua tahun yang lalu walaupun berdepan dengan COVID. RRG juga telah menghasilkan kandungan digital untuk mendekati masyarakat umum melalui media sosial.
Pertandingan Video untuk Belia anjuran RRG
Saya di-maklumkan bahawa RRG sedang menganjurkan pertandingan video untuk belia. Pertandingan ini, mem-perkukuh peranan penting yang dimainkan oleh belia dalam usaha menentang ekstremisme dan pengganasan. Ini merupakan satu inisiatif yang penting.
Kesimpulan
Saya telah berbicara dengan rakan-rakan sejawat dari pelbagai negara. Mereka sering memberitahu saya bahawa mereka berasa cemburu terhadap kita. Apa yang kita ada hari ini adalah hasil daripada pengorbanan anggota-anggota RRG.
Kepada semua sukarelawan RRG, teruskan kerja baik anda dalam memastikan Singapura kekal aman dan selamat. Izinkan saya terlebih dahulu mengucapkan kepada anda Selamat Hari Raya Haji.
Terima kasih.
* * * * *
POST-COVID WORLD: STAYING RELEVANT AND RESILIENT
Minister of State Dr Faishal Ibrahim
RRG Co-Chairmen, Ustaz Ali and Ustaz Hasbi
Distinguished guests
Members of the RRG
Ladies & Gentleman
Introduction
Good morning. I am glad that we are able to resume the annual RRG Retreat. This is an important event in the RRG calendar for everyone to share experiences, learn best practices, and plan for the year ahead. I was also happy to attend the RRG Seminar and fundraising for the redevelopment of Khadijah Mosque and RRG during Ramadan.
Impact of COVID-19 on Terrorism
Over the past two years, COVID-19 has made it difficult for terrorists to plan, prepare and carry out attacks, especially across borders. But in cyberspace, terrorist groups stepped up their propaganda and recruitment efforts. As people spent more time online, we continued to see a stream of self-radicalisation cases during the pandemic.
Threat Prognosis Post-COVID-19
As we reopen our borders, there will be a surge in international travel. So there may be a renewed terrorism threat as foreign fighters return home or travel to conflict zones. There will also be more opportunities for lone-wolf attacks.
With the Taliban takeover in Afghanistan, terrorist groups like ISIS are exploiting the instability there. We hope that Afghanistan will not become a safe haven again for terrorists, as in the 1990s.
The situation in Ukraine is also of concern. Ukraine will be left awash with foreign fighters and weapons which can leak into other countries and regions. We stand against violent extremism and terrorism whatever the source.
Israeli-Palestinian clashes have also flared up again. We know that the Palestinian issue is of concern to our Muslim community. Singapore has long supported a negotiated two-state solution, in line with United Nations Security Council resolutions. Earlier this year, we announced that Singapore is opening a diplomatic mission in Tel Aviv, Israel. We are also establishing a representative office in Ramallah with the Palestinian Authority. We have urged both sides to find ways to engage in direct negotiations on the basis of a two-state solution. We hope to see Israelis and Palestinians living side-by-side in peace and security.
Terrorism Threat to Singapore
The global security landscape remains uncertain. In Southeast Asia, the JI and ISIS affiliates are rebuilding their capabilities and show interest to mount attacks. Within Singapore, self-radicalisation continues to pose a domestic terrorism threat.
Indonesian preacher Abdul Somad Batubara
On 16 May, Indonesian preacher Abdul Somad Batubara (Somad) was denied entry into Singapore. Somad instigated his supporters to agitate on social media against Singapore. They held protests outside our missions in Jakarta and Medan. They demanded that Singapore apologise. Some of his supporters incited violence against Singapore and Singaporeans.
Their allegations of Islamophobia are unfounded. Singapore takes a zero tolerance approach on hate speech regardless of whether it is a Christian Pastor or a Muslim Ustaz.
Such extremist rhetoric has real world consequences. For example, the 17-year-old detained under the ISA in 2020 had watched Somad’s lectures, and had begun to believe that suicide bombers are martyrs.
We can stop hate speech from physically coming to Singapore. But we cannot fully stop what comes through online. We need to ensure that our communities are resilient against extremist rhetoric, especially online. Our people, especially the young, must know to seek guidance from credible religious authorities, and to reject extremism and hate speech.
Role of RRG
This is why the RRG’s role is so crucial. I am heartened by how you have continued your work during these past two years in spite of COVID. The RRG has also created digital content, to reach out to the community via social media.
RRG’s Video Competition for Youths
I understand that the RRG is organizing a video competition to reinforce the important role youths play in the fight against extremism and terrorism. This is an important initiative.
Conclusion
I have spoken to my counterparts in various countries. They often tell me that they envy us. What we have today is the result of the sacrifices of our RRG members.
To all the RRG volunteers, please keep up the good work of keeping Singapore peaceful, safe and secure. Allow me to wish you, in advance, Selamat Hari Raya Haji.
Thank you.
Explore recent content
Explore related topics