SM Teo Chee Hean at the Annual Religious Rehabilitation Group Buka Puasa 2019

SM Teo Chee Hean | 27 May 2019

Speech by Senior Minister and Coordinating Minister for National Security, Teo Chee Hean, at the Annual Religious Rehabilitation Group (RRG) Buka Puasa on 27 May 2019 at Khadijah Mosque at 6.35pm.

 

Please scroll down for the English translation of the speech.

“Bekerjasama untuk Singapura yang Aman, Sejahtera dan Harmoni” 

Encik Masagos Zulkifli, 
Menteri Sekitaran dan Sumber Air, dan 
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, 

Dr Yaacob Ibrahim, 

Dr Fatimah Lateef,

Ustaz Ali Haji Mohamed,
Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Agama, 

Tetamu kehormat,

Tuan-tuan dan puan-puan, 

Salaam ’alaikum (Salam sejahtera kepada anda semua). Kita berkumpul di sini pada petang ini untuk berbuka puasa dengan aman, dan harmoni, dalam suasana yang selamat dan sejahtera. 

Di negara kita Singapura yang berbilang kaum dan agama, hubungan rapat kita lebih tinggi daripada tahap toleransi. Kita berusaha untuk memahami antara satu sama lain dengan lebih baik, dan meluaskan ruang dan pendirian bersama kita. Kita saling meraikan tradisi dan perayaan masing-masing. Kita hidup sekampung di kawasan kejiranan yang sama, bersekolah bersama, bekerja bersama, bermain bersama, dan makan bersama. Kegiatan harian ini penting untuk memperkuat hubungan masyarakat kita dan memupuk persefahaman antara satu sama lain. Majlis berbuka puasa pada hari ini ialah contoh yang sangat baik. Terdapat warga Singapura yang berlainan agama dan bangsa, dan daripada semua lapisan masyarakat, berkumpul di sini untuk berbuka puasa dengan sahabat-sahabat Muslim kita. 

Kita tidak boleh ambil mudah tentang keharmonian antara kaum dan agama Singapura. Serangan baru-baru ini di Christchurch dan Sri Lanka merupakan peringatan yang mengerikan bahawa pengganas dan pelampau terus mengancam kedamaian dan kestabilan, dan melakukan serangan bahkan di tempat-tempat ibadat. Mereka terus menghasut konflik dan menyebarkan kebencian mengikut garis bangsa dan agama. Mereka sering menyembunyikan agenda berbahaya mereka dalam acara atau bahan siaran harian. Malangnya, kita telah mula melihat beberapa wanita dan remaja jatuh ke dalam perangkap mereka dan terpengaruh dengan diayah negatif mereka. 

Saya gembira kerana RRG telah meningkatkan usaha untuk menyedarkan golongan wanita dan remaja mengenai bahaya propaganda pelampau. RRG akan mengalu-alukan kumpulan peserta ketiga untuk Program Kesedaran Belia (APY) pada bulan Julai ini. RRG juga telah membina hubungan dengan pekerja asing dan pembantu rumah tangga asing untuk memastikan mereka menolak idea-idea radikal sedemikian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada RRG kerana kerja keras mereka. 

Sebagai sebuah masyarakat, kita juga mesti menghapuskan berita palsu dalam talian yang boleh menimbulkan kesengsaraan. Bangsa dan agama merupakan sasaran mudah bagi penyebar berita palsu untuk membahayakan masyarakat kita. Jika diayah ini tidak ditangani, ia boleh menimbulkan salah faham dan memburukkan atau membesar-besarkan insiden atau isu kecil. Kelulusan undang-undang baharu iaitu Akta Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (POFMA) ialah langkah penting dalam usaha kita untuk mengekang kepalsuan dalam talian, dan menjadikan ruang siber sebagai wadah yang lebih selamat.

Usaha kita untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan Singapura tidak boleh dihentikan. Marilah kita terus bekerjasama dalam usaha ini, menentang radikalisasi dan kepalsuan dalam talian, dan terus mengukuhkan kepercayaan dan keharmonian antara agama kita. 

Semoga Ramadhan ini dan musim perayaan Hari Raya yang akan datang memberi lebih banyak peluang bagi kita untuk meluangkan masa bersama-sama dalam suasana damai dan harmoni. Terima kasih.


English translation

“Working Together for a Safe, Secure and Harmonious Singapore” 

Minister Masagos Zulkifli, 
Minister for the Environment and Water Resources and 
Minister-in-charge of Muslim Affairs, 

Dr Yacacob Ibrahim, 

Dr Fatimah Lateef, 

Ustaz Ali Haji Mohamed, 
Co-chairman of the Religious Rehabilitation Group, 

Distinguished guests, 

Ladies and gentlemen,

Salaam ’alaikum. We gather here this evening for the breaking of fast in peace, and harmony, in a safe and secure environment.

In multi-racial and multi-religious Singapore, we go beyond tolerance. We seek to understand one another better, and expand the common ground. We celebrate one another’s traditions and festivals. We live together in the same neighbourhoods, go to school together, work together, play together, and eat together. These everyday activities are important in strengthening our community bonds and fostering our understanding of one another. The breaking of fast today is a very good example of this. We see Singaporeans of different faiths and races, and from all walks of life, gathered here to break fast with our Muslim friends.

We cannot take Singapore’s inter-racial and inter-religious harmony for granted. The recent attacks in Christchurch and Sri Lanka are somber reminders that terrorists and extremists continue to threaten peace and stability, and carry out attacks even at places of worship. They continue to incite conflict and propagate hate along racial and religious lines. They often mask their insidious agendas in everyday events or materials. Unfortunately, we have started to see even women and youths falling into their traps and coming under their negative influences. 

I am glad that the RRG has been stepping up its efforts to engage women and youths on the dangers of extremist propaganda. The RRG will be welcoming its third batch of participants for the Awareness Programme for Youth (APY) this July. RRG has also reached out to foreign workers and foreign domestic workers to reject such radical ideas. I would like to thank the RRG for their hard work. 

As a society, we must also stamp out the scourge of online fake news. Race and religion are easy targets for people putting out fake news to harm our society. If left unaddressed, they could lead to misunderstandings and exacerbate or magnify minor incidents or issues. The passing of the new Protection from Online Falsehoods and Manipulation Act (POFMA) is a critical step in our efforts to tackle online falsehoods, and make cyberspace a safer place.

Our work to keep Singapore safe and secure cannot stop. Let us continue to work together in this journey, in countering radicalisation and online falsehoods, and in building our inter-religious trust and harmony.

May this Ramadhan and the upcoming Hari Raya season provide more opportunities for us to come together in peace and harmony. Thank you.

TOP