Transcript of speech by Senior Minister and Coordinating Minister for National Security Teo Chee Hean at the 19th Annual Religious Rehabilitation Group Retreat on 29 May 2024.
Please scroll down for the English translation of the Malay transcript.
* * * * *
Pengerusi Bersama RRG, Ustaz Mohamed Hasbi Hassan dan Ustaz Dr Mohamed Ali
Para tetamu yang dihormati
Anggota-Anggota RRG
Para hadirin sekalian
Selamat tengah hari. Saya berbesar hati dapat bersama anda semua pada Rahat Tahunan RRG kali ini. Acara ini memberi RRG peluang untuk mendapatkan informasi terkini, berkongsi pengalaman, dan membuat perancangan bagi tahun hadapan. Ia juga merupakan kesempatan bagi para anggota RRG dan ahli keluarga untuk meluangkan masa bersama.
Pengganasan dalam Dunia yang Kompleks
Ancaman radikalisme dan ekstremisme di seluruh dunia kekal pada tahap yang agak tinggi. Ia didorong oleh landskap keselamatan global yang bermasalah, termasuk peperangan tragis di Gaza. Pelampau daripada sayap kiri dan kanan spektrum politik, serta daripada latar belakang agama yang berbeza telah mula menggunakan kekerasan. Misalnya, di Amerika Syarikat pada bulan Oktober tahun lalu, seorang lelaki yang terpengaruh dengan retorik Islamofobia telah membunuh seorang kanak-kanak lelaki Muslim yang berusia enam tahun saja.
Rantau ini sedang berdepan dengan ancaman berterusan daripada kelompok pengganas seperti Jemaah Islamiyah (JI). Dua minggu lalu di Johor, seorang lelaki berusia dua puluh satu tahun telah membunuh dua pegawai polis. Dia sepertinya bertindak sendiri, namun kita tahu bahawa bapanya adalah ahli JI. Anggota RRG tentu ingat bahawa rangkaian JI di Singapura mempunyai pertalian rapat dengan kawasan Ulu Tiram. Pada masa yang sama, kumpulan-kumpulan pengganas global, seperti ISIS, terus mengilhamkan serangan dan menyebarkan ideologi ganas mereka, dibantu oleh Internet dan media sosial.
Kumpulan-kumpulan ini telah menyumbang kepada peningkatan dalam jumlah kes radikalisasi secara sendiri di Singapura. Sejak tahun dua ribu lima belas, seramai tiga puluh lapan warga Singapura yang menjadi radikal secara sendiri telah ditangani di bawah ISA. Lebih membimbangkan lagi, dua belas di antara mereka merupakan belia, berbanding hanya satu sebelum tahun dua ribu lima belas. Kesemua belia ini telah menjadi radikal secara dalam talian, termasuk seorang belia berusia enam belas tahun yang telah merancang serangan terhadap masyarakat Islam di dua masjid di Singapura. Mungkin kita boleh menghadapi belia yabng lebih muda dalam masa hadapan.
Berkembang demi Menghadapi Ancaman yang Berubah
RRG memainkan peranan penting dalam gerak balas Singapura terhadap ancaman radikalisme dan ekstremisme.
RRG telah menyesuaikan langkah pemulihannya dengan perubahan dalam landskap ancaman. RRG mula memberi kaunseling agama kepada para anggota JI lebih dua dekad lalu. Setelah warga Singapura pertama yang menjadi radikal secara sendiri ditahan pada tahun dua ribu tujuh, RRG mula memberi kaunseling agama kepada individu-individu sedemikian juga. RRG telah menerbitkan dua manual kaunseling pada tahun dua ribu tiga dan dua ribu lapan sebagai panduan dalam memberi kaunseling kepada para tahanan JI dan individu yang menjadi radikal secara sendiri. Susulan itu, RRG menerbitkan manual kaunseling ketiganya, yang menangani ideologi ISIS.
RRG juga mendekati masyarakat melalui usaha ‘community outreach’, untuk melindungi warga Singapura daripada ideologi ekstremis. Pada tahun lalu, RRG telah mengembangkan Pusat Sumber dan Kaunseling atau RCC, dengan merasmikan pembukaan Galeri Majulah. Galeri ini telah dikunjungi lebih daripada dua ribu orang sejak ia dibuka. RRG juga telah meningkatkan kehadirannya dalam talian dengan melancarkan akaun TikTok pada tahun lalu. Usaha-usaha RRG bagi mendekati masyarakat lebih luas, terutama sekali para belia, patut dipuji.
Golongan belia giat mencari bimbingan dan erti kehidupan. Propaganda ekstremis dan pengganas pula mudah diperolehi di dalam talian.
Para belia menjadi radikal kerana sebab-sebab yang rumit, termasuk kurangnya kemahiran berfikir secara kritis, dan tekanan yang berpunca daripada keluarga atau hubungan sosial yang lain.
Sejak tahun dua ribu enam belas, RRG telah menawarkan pendekatan pemulihan khusus bagi golongan belia. Ini termasuk memainkan peranan sebagai ‘mentor’ atau pembimbing, dan memberi tuisyen untuk mendorong, membimbing dan mempersiapkan belia yang telah menjalani pemulihan untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Bagi kes tahanan yang berusia enam belas tahun, yang telah merancang serangan di masjid-masjid di Singapura, RRG juga berkongsi pengalamannya memberi kaunseling agama bersama seorang paderi Kristian kepada belia tersebut. Tiga sukarelawan RRG juga memberi tuisyen kepada belia itu, dan dia telah meraih markah cemerlang dalam peperiksaan kebangsaan yang didudukinya.
Saya gembira RRG telah menghasilkan manual keempat, khusus untuk memberi kaunseling dan bimbingan kepada para belia. Saya teruja dapat melancarkan manual kaunseling RRG tersebut pada hari ini. RRG akan berkongsi manual baru itu bersama rakan kongsi masyarakat seperti masjid-masjid dan Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada RRG atas sumbangan pengalaman mereka yang unik, dan pengetahuan mereka yang luas, dan dalam membantu kami agar kekal mendahului landskap pengganasan yang berubah-ubah di Singapura.
Sumbangan terhadap Keamanan dan Keharmonian Singapura
Pendekatan Singapura yang berkesan dalam memulihkan individu radikal adalah berkat kerja baik dan pengorbanan RRG. Para perintis RRG, termasuk Ustaz Hasbi dan Almarhum Ustaz Ali Haji Mohamed, telah mengambil langkah berani untuk sama-sama menubuhkan RRG pada tahun dua ribu tiga, ketika Singapura sedang melalui masa yang amat kritikal. Sejak itu, selama lebih dua dekad, RRG telah menyumbang kepada keselamatan, keamanan dan kestabilan negara, dengan menentang pengaruh ekstremis.
Ini adalah masa-masa mencabar, namun saya yakin bahawa para pemimpin dan anggota RRG akan meneruskan kerja-kerja baik yang sedang dilakukan. Pihak pemerintah akan memberi anda sokongan yang penuh dalam usaha bersama untuk menjaga keselamatan dan keamanan Singapura.
Terima kasih kepada semua anggota RRG atas sumbangan anda yang berharga dalam menjamin keamanan dan keharmonian Singapura. Saya berharap sesi rahat ini dapat dijayakan dengan lancar.
* * * * *
RRG Co-Chairs, Ustaz Mohamed Hasbi Hassan and Ustaz Dr Mohamed Ali
Distinguished Guests
Members of the RRG
Ladies and Gentlemen
Good afternoon. I am glad to join all of you today at your Annual Retreat. This is an important opportunity for the RRG to get updated, share experiences, and plan for the year ahead. It is also a chance for you and your families to bond.
Terrorism in a Complex World
The threat of radicalism and extremism worldwide remains high. It is fuelled by a troubled global security landscape, including the tragic war in Gaza. Extremists from the far left and far right of the political spectrum, and from different religious backgrounds have resorted to violence. For instance, in the US in October last year, an American Muslim boy who was only 6 years old, was stabbed and killed by a man who had been influenced by Islamophobic rhetoric.
Our region faces a persistent threat from organised terrorist groups like the Jemaah Islamiyah (JI). Two weeks ago in Johor, a 21-year-old killed two policemen. He was apparently acting on his own accord, but we know his father was a JI member. RRG members will recall that the JI networks in Singapore had strong links with Ulu Tiram. At the same time, global terrorist groups, such as ISIS, continue to inspire attacks and propagate their brand of violent ideology, aided by the internet and social media.
These groups have contributed to a rise in the number of cases of self-radicalisation in Singapore. Since 2015, 38 self-radicalised Singaporeans have been dealt with under the ISA. Of particular concern is that out of these 38 self-radicalised individuals, 12 were youth, compared to just one before 2015. All of these youth were radicalised online, including a 16-year-old who had planned attacks against Muslims at two mosques in Singapore. Perhaps we will face younger youths being radicalised in future.
Evolving to Meet a Changing Threat
The RRG plays an integral role in Singapore’s response to the threat of radicalism and extremism.
The RRG has adapted its rehabilitation measures in tandem with the changes in the threat landscape. The RRG began by providing religious counselling to JI members more than two decades ago. Following the detention of the first self-radicalised Singaporean in 2007, the RRG took on religious counselling for such individuals. The RRG published two counselling manuals in 2003 and 2008 on counselling JI detainees and self-radicalised individuals respectively. Subsequently, the RRG published a third counselling manual, which addresses ISIS ideology.
The RRG also reaches out to the community to protect Singaporeans from extremist ideology. Last year, the RRG expanded its Resource and Counselling Centre and launched its Majulah Gallery, which has received more than 2000 visitors since it opened. The RRG has also increased its online presence including launching its TikTok account last year. These are commendable efforts by the RRG to reach out to a wider, and in particular younger, audience.
Youths are actively seeking guidance and meaning in their lives. They can easily come across extremist or terrorist propaganda online.
Youths become radicalised for complex reasons, including a lack of critical thinking skills, and stresses in their family and other social relationships.
Since 2016, the RRG has offered rehabilitative interventions tailored to youths. These include mentoring and tutoring to help motivate, guide, and prepare rehabilitated youths to reintegrate into society. In the case of the 16-year-old detainee who had planned to attack mosques in Singapore, RRG shared its experiences in religious counselling with the Christian pastor who was counselling the boy. Three RRG volunteers also provided tuition to this youth, helping him to do well in his national exams.
I am glad that the RRG has produced a fourth manual that focuses on counselling and mentoring youths. I look forward to launching this manual today. The RRG will share this new manual with community partners, such as mosques and the Inter-Agency Aftercare Group (ACG). I thank the RRG for contributing your unique experience and wealth of knowledge, and helping us stay ahead of the changing terrorism landscape in Singapore.
Contributions to Singapore’s Peace and Harmony
Singapore’s effective approach for rehabilitating radicalised individuals is possible because of the good work and sacrifice of the RRG. The pioneers of the RRG, including Ustaz Hasbi and the esteemed late Ustaz Ali Haji Mohamed, took the courageous step in 2003 to co-found the RRG at a critical time for Singapore. For more than two decades since, the RRG has contributed to our security, peace, and stability against extremist influences.
These are challenging times, but I am confident that the current leadership and members of RRG will continue this good work. The Government will give you our full support in this collective effort to keep Singapore safe and secure.
Thank you to all RRG members for your valuable contributions to Singapore’s peace and harmony. I wish all of you a fruitful retreat.
Explore recent content
Explore related topics