DPM Teo Chee Hean at the Anugerah Guru Arif Budiman Award Presentation Ceremony 2015
DPM Teo Chee Hean at the Anugerah Guru Arif Budiman Award Presentation Ceremony 2015 on 11 November 2015. DPM Teo spoke in Malay and English.
Menteri Sekitaran dan Sumber Air
Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan
Pengerusi, Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu
Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim
Pengerusi-pengerusi Bersama, Anugerah Guru Arif Budiman 2015
Dr Intan Azura Mokhtar
Encik Abdul Harris Sumardi
Encik Mohd Saat Rahman dan
Encik Zafilin Abdul Hamid
Tetamu-tetamu khas, para guru dan pelajar, tuan-tuan dan puan-puan, selamat tengah hari dan salam sejahtera.
Pengenalan
Saya berasa gembira dapat sekali lagi bersama-sama teman-teman semua. Saya masih ingat semasa saya bersama-sama guru-guru Bahasa Melayu di upacara pelancaran Bulan Bahasa pada 2002 dan 2010. Saya juga masih ingat semasa saya meyampaikan Anugerah Guru Arif Budiman kepada guru-guru Bahasa Melayu yang menunjukkan kecemerlangan pada tahun 2012. Saya berbesar hati sama-sama mengiktiraf guru-guru Bahasa Melayu dengan Anugerah Guru Arif Budiman sekali lagi tahun ini.
Guru-guru Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting kerana bahasa bukan sekadar alat untuk berkomunikasi, tetapi juga untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan budaya kepada generasi muda kita. Melalui bahasa, nilai dan budaya, kita membantu generasi muda Singapura untuk lebih memahami dan membina jati diri sebagai warganegara Singapura, demi mengukuhkan semangat kebangsaan kita.
Guru-Guru Arif Budiman
Visi pendidikan Bahasa Melayu ialah untuk melahirkan insan Arif Budiman, seorang individu yang berilmu pengetahuan dan menyumbang aktif kepada masyarakat. Oleh itu, seorang guru Arif Budiman ialah seorang guru teladan bagi anak didik dan guru-guru yang lain.
Guru-Guru Perintis
Kita beruntung kerana 50 orang guru perintis dapat bersama-sama kita hari ini. Guru-guru ini telah mendukung citra Arif Budiman. Guru-guru perintis kita telah menunjukkan bagaimana seorang guru yang berilmu dan berakal budi dapat menyumbang kepada masyarakat.
Meskipun sudah lama bersara daripada khidmat perguruan, ramai dalam kalangan mereka masih lagi menyumbang bakti dalam pelbagai bidang, baik dalam wacana penulisan, pertubuhan masyarakat, latihan profesional guru-guru mahupun pembangunan kurikulum. Guru-guru ini masih lagi memainkan peranan aktif dalam menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa, sastera dan budaya Melayu.
Sejak 2007, 36 guru Bahasa Melayu telah menerima Anugerah Guru Arif Budiman. Hari ini kita memberikan anugerah kepada empat lagi guru yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada anak didik, bidang perguruan serta masyarakat.
Kempat-empat penerima ini telah menunjukkan kegigihan dalam usaha mereka untuk meningkatkan kemahiran bahasa Melayu para pelajar mereka. Sumbangan mereka tidak terhad pada bilik darjah sahaja. Mereka terlibat aktif dalam perkongsian profesional. Contohnya, mereka telah berkongsi kepakaran mereka dengan guru-guru lain di persidangan serantau dan antarabangsa.
Pemenang-pemenang anugerah tahun ini ialah:
(i) Cikgu Nurisha Hamid dari Sekolah Menengah Coral – bagi kategori Guru Teladan;
(ii) Cikgu Norazlina Abdul Jalil dari Sekolah Menengah Naval Base - bagi kategori Guru Teladan;
(iii) Cikgu Marliana Abdul Rashid dari Sekolah Rendah Telok Kurau –bagi kategori Guru Perangsang; dan
(iv) Cikgu Nur ‘Abidah Abdul Rahman dari Sekolah Menengah Bedok Green – bagi kategori Guru Perangsang
Penutup
Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima Anugerah Guru Arif Budiman tahun ini. Saya berharap anda akan meneruskan perjuangan anda dan terus menjadi inspirasi kepada para pelajar dan guru-guru Bahasa Melayu yang lain. Dengan menyemai nilai-nilai arif budiman, kita dapat menggalakkan lebih ramai warga Singapura untuk menyumbang secara aktif kepada masyarakat, dan bekerjasama sebagai sebuah negara, demi membina Singapura yang lebih baik lagi, sedang kita maju ke arah SG 100.
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Majlis Bahasa Melayu Singapura, Persatuan Guru Bahasa Melayu Singapura, Berita Harian dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu yang telah menganjurkan majlis hari ini.
Izinkan saya mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:
Kembang merah si bunga Melati;
Cantik dipakai si muda belia,
Guru berilmu menyalur bakti;
Masyarakat cemerlang pekerti mulia.
Terima kasih.
- - - - - - - -
Minister for Environment and Water Resources
Mr Masagos Zulkifli Masagos Mohamad
Parliamentary Secretary, Ministry of Education and Ministry of Social Development and Family,
Chairman, Malay Language Council Singapore and Malay Language Learning and Promotion Committee
Associate Professor Muhammad Faishal Ibrahim
Co-Chairpersons of Anugerah Guru Arif Budiman 2015
Dr Intan Azura Mokhtar
Encik Abdul Harris Sumardi
Encik Mohd Saat Rahman and
Encik Zafilin Abdul Hamid
Distinguished guests, teachers, students, ladies and gentlemen, good afternoon and greetings to you.
Introduction
It is always nice to be back among friends. I recall joining our Malay Language Teachers at Bulan Bahasa in 2002 and 2010. I also remember giving out the Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) Awards to outstanding Malay language teachers in 2012. And I am honoured to be here again today to recognise the Malay language teachers who are receiving the AGAB Awards this year.
Language teachers play an important role because language is important not just for communication, but also to transmit of values and culture to our younger generation. It is through language, values and culture, that we help younger Singaporeans better understand and develop our national identity, and strengthen our national spirit.
Arif Budiman Teachers
The vision of education is to develop Arif Budiman, an individual who is learned and contributes actively to society. In the same way, an Arif Budiman teacher is one who is a good role model for students and fellow teachers.
Pioneer Teachers
Today, we are very privileged to have with us more than 50 pioneer Malay language teachers, who exemplify the qualities of Arif Budiman. Our pioneer teachers have shown how a learned and cultured teacher can contribute to the community.
Even after they have retired from the teaching service, many of them continue to contribute their expertise in various fields: literary, community organisation, professional development of teachers and in curriculum development to benefit the community. These teachers are still playing an active role to sow the love towards Malay language, literature and culture.
Since 2007, 36 Malay language teachers have been awarded the Anugerah Guru Arif Budiman. Today, we present the award to 4 more Malay language teachers who have contributed much to their students, the teaching fraternity and the community.
The four recipients have demonstrated diligence and enthusiasm in your efforts to improve Malay language competencies among your students. Your contributions go beyond the classrooms. You have also been actively involved in professional sharing. For example, you shared your expertise with other teachers in regional and international conferences.
This year’s award winners are:
(i) Madam Nurisha Hamid from Coral Secondary School – for the Role Model category;
(ii) Madam Norazlina Abdul Jalil from Naval Base Secondary School – for the Role Model category;
(iii) Madam Marliana Abdul Rashid from Telok Kurau Primary School – for the Motivation category; and
(iv) Madam Nur ‘Abidah Abdul Rahman from Bedok Green Secondary School – for the Role Model category.
Conclusion
Congratulations to this year’s recipients of the Anugerah Guru Arif Budiman. I hope you will continue your good work, and be an inspiration to your students and other Malay language teachers. By promoting the values of Arif Budiman, we can encourage more Singaporeans to contribute actively to society, and work together as one united people to build a better Singapore as we progress towards SG100.
I would like to also commend the Malay Language Council of Singapore, Malay Language Teachers Association, Berita Harian and the Malay Language Learning and Promotion Committee for organising this meaningful event.
Allow me to end my speech with a pantun:
Kembang merah si bunga Melati;
Cantik dipakai si muda belia,
Guru berilmu menyalur bakti;
Masyarakat cemerlang pekerti mulia.
Thank you.
* * * * *
Explore recent content
Explore related topics